Wednesday, 30 March 2011

ISTERIKU SYURGAKU


ISTERIKU SYURGAKU

Buah pauh ditengah laman,
Dibelah dua isteri suapkan;
Tuah sungguh berasa badan,
Isteri tercinta Allah kurniakan.

Tertikam duri letakkan ubat,
Dijaga dirawat malam dan siang;
Itulah isteri dunia akhirat,
Tempat bermanja berkasih sayang.

Mengerah kudrat tak kira masa,
Sedia memberi rela membelai;
Melahirkan zuriat penyambung bangsa,
Sumbangan isteri tidak ternilai.

Mendengar siulan burung Nuri,
Terbang berdua bebas di awan;
Jasa pengorbanan duhai isteri,
Tempatmu di syurga kanda doakan.

Bertikam keris di luar kota,
Pendekar kita gagah berjuang;
Jatuh menitis si air mata,
Mengenang jasa isteri tersayang.


Mohd Fairus Abd Majid (AM.Fairus)
UUM, Sintok.

No comments:

Post a Comment