Wednesday, 30 March 2011

HULUBALANG

HULUBALANG

Hulubalang,

Pabila bertanjak tinggi menjulang

Pabila bersongkek kemas dipinggang

Pabila bercakap sebarang-barang

Pabila wajah bengis misai melintang

Pabila bersilat dalam gelanggang

Pabila bermain keris panjang

Pabila tetamu tidak diundang
Pabila makan sireh pinang dicincang
Pabila angin naik meradang

Itulah tanda akan berperang.

 

AM.Fairus

UUM, Sintok

ISTERIKU SYURGAKU


ISTERIKU SYURGAKU

Buah pauh ditengah laman,
Dibelah dua isteri suapkan;
Tuah sungguh berasa badan,
Isteri tercinta Allah kurniakan.

Tertikam duri letakkan ubat,
Dijaga dirawat malam dan siang;
Itulah isteri dunia akhirat,
Tempat bermanja berkasih sayang.

Mengerah kudrat tak kira masa,
Sedia memberi rela membelai;
Melahirkan zuriat penyambung bangsa,
Sumbangan isteri tidak ternilai.

Mendengar siulan burung Nuri,
Terbang berdua bebas di awan;
Jasa pengorbanan duhai isteri,
Tempatmu di syurga kanda doakan.

Bertikam keris di luar kota,
Pendekar kita gagah berjuang;
Jatuh menitis si air mata,
Mengenang jasa isteri tersayang.


Mohd Fairus Abd Majid (AM.Fairus)
UUM, Sintok.